Lagi Tips Menarik!

 






1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. 


MINUM SUSU ATASI RAMBUT GUGUR

Rambut terhasil daripada protein keratin. Jadi tidak hairanlah jika protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakan susu diperkayakan dengan vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan vitamin A.

Susah Tidur

Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur

Masalah Uban

Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Luruskan Rambut Kerinting

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Yogurt lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Keguguran Rambut

   Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali.

Mengelak Keguguran Rambut

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Merawat Rambut Berbuah Dan Bercabang

Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Melembutkan Rambut

Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur. 

Meluruskan Rambut

Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

 Oren/Orange

Oren : Orange
Rasanya yang masam manis membuatkan ianya cukup digemari ramai kanak-kanak. Lebih istimewa, ia mampu membekalkan tenaga cepat kepada si kecil. Oren sememangnya kaya dengan vitamin B, C dan kalsium. Ia juga berguna dalam mengekalkan organ penghadaman, buah pinggan, pembuluh darah dan sistem saraf di samping membantu menguatkan gigi.
Kandungan mineralnya seperti magnesium turut tinggi. Oren juga memiliki elemen penting yang membina tulang sekaligus bernilai kepada perkembangan kanak-kanak. Fiber yang ada dalam oren pula bertindak membersihkan sistem pencernaan.



KHASIAT SAYUR KOBIS (KUBIS)

Kebaikan Sayur Kubis

Rupa bentuknya begitu sederhana, malah ia mudah didapati pada harga yang agak murah.

Meskipun murah, kubis menyimpan pelbagai khasiat kesihatan lantas ia cukup popular di serata dunia, sama ada dimasak atau dimakan mentah.



Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka.

Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Data serupa dicatatkan membabitkan kadar barah payudara di kalangan wanita.

Antara manfaat kesihatan kubis termasuk membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kubis hanya mengandungi 15 kalori.

Kubis kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air, justeru, ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan.

Kubis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

Vitamin A membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.

Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. Vitamin C, salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

Sains moden menunjukkan kubis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

Ekstrak kubis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga membuatkan kubis baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh.

Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.





5 Cara Atasi Buasir

1.Cuba elak daripada meneran ketika membuang air besar. Regangkan otot pelvik dan tarik nafas dalam-dalam.
2. Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan mengiring berbanding menelentang.
3. Keraplah berenang atau lakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah anda.
4. Minum banyak air dan ambil makanan kaya serat untuk mengelakkan sembelit yang boleh mencetuskan buasir.
5. Jika berlaku buasir, beritahu doktor. Beliau akan memberikan anda yang dapat meredakan bengkak dan mengurangkan kesakitan.

Masalah Selepas Bersalin

Asyik Mengantuk, Letih dan Tidak Bersemangat.
Melakukan senaman ringan yang lembut dan perlahan selepas bersalin dapat menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Malah, ia boleh mengembalikan bentuk badan dan menjadikan anda lebih cergas!
Walaupun akan kehilangan berat badan apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, anda perlu menjaga pemakanan untuk mengembalikan bentuk badan seperti dahulu serta tahap kecergasan seperti sebelum melahirkan anak.
Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan daripada mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih dan minuman yang manis. Namun, jangan berdiet apabila anda menyusu anak. Ini penting untuk mengelakkan masalah keletihan.
Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga seperti makanan tambahan yang kaya dengan vitamin B, Q10 atau makanan tambahan semula jadi seperti spirulina yang boleh membantu menambahkan tenaga secara semula jadi tanpa perlu mengambil makanan berkalori tinggi.

Minum Air Untuk Badan

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Kulit Pisang Sebagai Losyen

Cuci kulit pisang masak dan potong kepada kepingan kecil. Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisarsehingga sebati. Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.

Hilangkan daki di leher

Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu.  Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kuli semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten.

Hilangkan Parut

Ramas sedikit asam jawa dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan air asam jawa pada tempat berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

Papaya/Betik


Pepaya merupakan sumber atas beta-cryptoxanthin, antioksidan yang dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru.

juga kaya dengan vitamin A dan C, serat, folat dan kalium Pepaya.

Pepaya juga mempunyai papain, enzim yang membantu dalampencernaan protein.

Anggur/Grape

Anggur : Grape
Warnanya yang cantik dan rasanya yang enak sering kali membuatkan si kecil tertarik dengannya. Anggur baik untuk kanak-kanak. Ini  kerana ia membekalkan protein, karbohidrat, vitamin A dan B di samping pelbagai jenis mineral. Ini termasuklah potasium, zat besi, kalsium, manganese dan fosforus.
Zat besi di dalam anggur adalah berbentuk organik dan mudah di serap. Ini menjadikan ia bagus untuk kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah kurang darah.
Anggur boleh dianggap sebagai tonik yang hebat kerana boleh memberikan tenaga kepada badan selain memperbaiki tisu. Anggur juga di antara buah yang tinggi kandungan anti-oksidan. Ia juga dapat mengatasi masalah selulit.

Tip Anak Cergas

Anak kecil yang berusia 1 hingga 6 tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi kanak-kanak. Makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang manis, yang menggalakkan obesiti pada kanak-kanak. Untuk meneutralkan kembali makanan manis itu,  buat jus segar buah-buahan untuk anak kecil. Jus segar oren dan apel adalah pilihan yang digemari oleh mereka. :)


HORMON ANTI PENUAAN

Pelbagai rawatan dilakukan untuk tampil sihat walaupun pada usia tua.

Ramai yang memberi reaksi positif apabila saya memperkatakan tentang anti penuaan. Tidak kurang juga yang mempunyai tanggapan negatif kerana tidak tahu dan kurang memahami pengertian anti aging atau anti penuaan yang sebenar.

Mereka menganggap perubatan anti penuaan sebagai cubaan melawan takdir ketentuan Ilahi dan hanya mampu memberi kulit yang licin tanpa kedut tanpa membantu kesihatan dalaman tubuh. Ini adalah tidak benar kerana perubatan anti penuaan mempunyai matlamat menghindari penyakit dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.

Anti penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ dalaman badan seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda.

Pada zaman ini tempoh hayat seorang manusia dianggarkan selama 90 tahun. Ramai yang masih hidup sihat meskipun sudah melebihi usia tersebut.

Kata-kata yang sering diluahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai anti penuaan adalah:

l Menjadi tua dan mengalami menopaus adalah proses semula jadi maka tidak ada apa yang mampu mengubahnya.

l Saya sudah menopaus dan mencapai usia 60-an maka tidak mungkin saya boleh kembali muda. Saya tidak percaya wujudnya kaedah yang boleh membuatkan saya lebih muda.

l Usia tua adalah takdir yang tidak boleh ditolak.

l Saya mengamalkan cara hidup sihat, senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang. Sudah tentu badan saya sihat. Mengapa saya perlukan perubatan anti penuaan?

Cuba anda fikirkan fakta ini.

l Punca utama kematian adalah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40 ke atas mudah mendapat kanser, kerana itu mereka digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

l Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh. Ramai orang orang tua terlantar di hospital kerana osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah.

l Orang yang tua mudah murung dan sensitif

l Orang tua mudah mendapat darah tinggi, sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding orang muda.

l Paras kolestrol, gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia meningkat.

Mestikah seseorang berasa murung, letih, layu dan kelesuan apabila usia meningkat? Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk-lekuk, wajah menjadi berpigmen serta berkedut?

Usia tidak dapat ditolak namun jika kita mengamalkan perubatan anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit penyakit dan masalah penuaan.

Masalah penuaan bagi lelaki

l Andropaus. Lelaki menjadi murung kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.

l BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu sistem urinasi (kencing). Mereka mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.

l ED adalah masalah menegangkan zakar.

Bagi wanita pula;

l Menopaus

l Masalah pada buah dada

l Masalah rahim dan vagina.

Bagi lelaki dan wanita

l Atherosclerosis

l Darah tinggi dan kencing manis

l Dementia (nyanyuk atau pelupa)

l Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh dan sakit badan.

Dari segi kosmetik pula kesan kesan penuaan mengakibatkan paras rupa yang cantik hilang serinya.

Apabila usia bertambah kelenjar hormon pada tubuh bekerja keras bagi memastikan penghasilan yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang amat penting serta mempunyai tugas khas bagi menseimbangkan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancar. Kelenjar ini menjadi mengecut dan kurang aktif apabila usia meningkat. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui kaedah CT scan.

Cuba lihat di sekeliling kita. Seorang wanita atau lelaki yanng periang berubah menjadi murung dan anti sosial apabila usia meningkat. Tidak kurang juga mengalami masalah berat badan yang tidak dapat diturunkan melalui pemakanan semata-mata. Diet tidak akan berkesan tanpa pengurusan hormon yang betul. Dengan terapi hormon yang betul barulah seseorang mampu menurunkan beratnya dengan efektif.

Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Badannya terasa berat dan sukar untuk bersenam. Apabila hormon rendah tubuh akan berasa malas dan letih selalu. Apabila hormon metabolik tertentu ditambah, ia akan berubah menjadi lebih baik dan cantik. Tubuh mula membakar lemak di dalam badan. Hasil tubuh mendapat tenaga yang baik dan mula menjadi lebih langsing.

Mengapa kadar patah tulang, serta tulang rapuh sering berlaku pada orang tua. Jawapannya adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif.

Mengapa orang orang tua cepat tersinggung dan mudah bersedih. Ini juga kerana tubuhnya tidak mempunyai hormon yang cukup. Hormon tertentu merangsang perasaan agar positif dan sentiasa gembira.

Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan maka penghasilan hormon terjejas. Kelenjar-kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah. Bagi wanita pula kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh. Justeru menjaga kelenjar hormon agar menopaus berlaku dalam suasana yang tidak mengganggu fungsi tubuh adalah disarankan. 


 Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Masalah Bau Badan

Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tawas ke permukaan tangan. Selepas itu sapukan tangan ke badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Mengatasi Sengal Tulang

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Hilangkan Sakit Kurap

Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa. Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit. Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari.

Ketiak Berbau

Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus, minyak tanah dan sedikit air kapur sirih serta perahan limau nipis. Bancuh sehingga sebati. Sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih.






RAWAT MANDUL

Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi mereka, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur.

Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri.

Namun, perkembangan pengetahuan dan sikap keterbukaan masyarakat menjadikan lelaki lebih peka terhadap kesuburan mereka dan mengambil tahu jika mengalami masalah sperma atau tidak dapat menghamilkan isteri.

Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi.

Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur.

Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.

Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai orkodometer untuk menyukat isi padu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (mm), kemungkinan kilang tidak aktif.

Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah.

Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal. Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan.

Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.

Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna.

Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi.

Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.

 


Create your own banner at mybannermaker.com!

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian cuci dengan air sabun. Bilas seperti biasa.

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

Hilangkan Kesan Minyak

Kesan tompokan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar dihilangkan. Kerap kali juga kita menggunakan bahan peluntur sehingga ada yang memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang. Cara mudah untuk mengatasinya ialah sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah dicuci seperti biasa.

Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.

Halau Semut Dalam Gula

Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.
1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.
2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.
3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika

Hilangkan Hanyir Ikan Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

Bersihkan Getah Nangka

Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.


Mengatasi Nasi Lembik

Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Ulam Kekal Rangup

Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.

Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.

Mengelakkan Lipas

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.




thanks  for visit adee's Blog!