Petua Nenek Kita..



 Petua Menaikkan Berat Badan

Ada ke yang mahu menaikkan berat badan? hihi tak mustahil, ini kerana ada juga dikalangan penduduk Malaysia(Malaysia; Negara Orang Gemuk) ini yang kurus kering, pipi cengkung dan tidak kelihatan menarik kerana terlalu kurus.

Dengan itu, untuk menaikkan berat badan/ menjadi semakkin berisi,amalkan petua ini;
1. Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.
2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.
3.Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.
4.Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi. Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.
5.Bersenam secara teratur. Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.
6. Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.
7. Amalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.

Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan

Petua ini memang biasa kita dengar apabila di tanya kepada orang-orang tua dahulu. “macammana hendak putihkan ketiak?”. Jawapanya sangat mudah, murah dan senang. Iaitu menggunakan kapur makan atau kapur sireh dan juga limau nipis.

Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya.
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.

Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam

Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.
Petuanya adalah seperti berikut;
  1. Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
  2. Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
  3. Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
  4. Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
  5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
  6. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
  7. Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur.
InsyaAllah. Kulit anda akan tegang dan licin serta putih secara semulajadi. :)



Memutihkan Kulit Muka

 
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap-tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci dengan air bersih. Insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
atau
 

Gunakan gel daun Lidah Buaya. Lumurkan ke muka 2 kali sehari. Setelah kering, bersihkan dengan air suam.

kalau anda rase nak yg lebih mudah guna kan ampoule vitamin C

Hilangkan Lebam Bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.
dark circles
Ikuti cara2 seperti berikut;
  1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
  2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
  3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
  4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
  5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
  6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
  7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
  8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.Selamat Mencuba dan Berjaya!

Hilangkan Kutu Kepala


Ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulit dan tumbuk lumat. Kemudian, campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Akhir sekali, balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

Petua Hilangkan Ketumbit


Jika anda menghadapi masalah ketumbit atau ketumbuhan pada mata, ambil air dari pucuk bemban lalu dicampur dengan hempedu ikan haruan. Hempedu itu pula hendaklah ditumbuk halus lalu dititik ke dalam mata. Lakukan berkali-kali sehingga ketumbit itu hilang.

Tips Mudah Bersalin


Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga.


Tips Agar Wanita Boleh Hamil

Ramai yang ingin berumahtangga dengan pasangan yang dicintai. Setelah berumahtangga ingin mengeratkan kasihsayang berpanjangan dengan tawa riang, senda gurau dan suasana riang dan bising bersama anak2 cahaya mata dan penyejuk mata dan waris yang bakal menyambung dan memberi pahala dan mengurangi dosa kita setelah meninggal dunia nanti.
Namun begitu masih ramai yang belum di beri anugerah terindah itu lagi; Cahaya Mata. Disini, ada beberapa tips.. Insya-Allah ada hasilnya buat anda berdua.
1.  Berdoa agar ISTERI cepat hamil
Sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar di beri zuriat yang soleh atau solehah. Dan kemudian, melakukan semua tips ini, kerana Doa tanpa USAHA tiada hasilnya.
2. Lakukan hubungan intim dengan isteri ketika tahap kesuburan isteri tinggi.
Tambahan, ketika tahap sensitive hidung isteri meningkat atau berkesan (iaitu tidak selsema atau sakit hidung). Menurut pemerhati, jika seseorang wanita dimana tahap sensitiviti hidung kepada bauan adalah tinggi, dia berada dalam keadaan subur. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, bercintalah dengannya. Dan jangan lupa baca doa dahulu.
3. Kesabaran yang tinggi.
Diperlukan kesabaran mengatasi fakta bahawa hamil hanya 15% setiap bulan. Menurut pakar, Wanita berusia 30an k eatas memerlukan  8 bulan dan melakukan hubungan intim sebanyak 140 kali agar dapat hamil. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi di samping berdoa selalu.
4. Kesihatan gigi dan rongga mulut.
Ini adalah syarat yang PENTING jika seseorang itu menginginkan anak. Kesihatan dan kebersihan di bahagian ini hendaklah diberi perhatian. Menurut pakar, infeksi gusi (infection) adalah salah satu penyebab kelahiran pramatang atau kematian janin. Selain itu, ia berpotensi melemahkan Sperma yang akan bercantum dengan sel telur wanita. Oleh itu, jaga kebersihan dan kesihatan rongga mulut dan gigi. Tambahan, kalau mulut anda berbau, tentu pasangan anda malas untuk mencium anda kan?
5. Foreplay atau pemanasan.
Ini bukan pemanasan global tetapi proses pemanasan atau “ringan2″ sebelum ‘exercise’. Menurut pakar, bagi lelaki yang melakukan foreplay sebelum ejakusi atau ‘klimaks’ akan mengeluarkan 25 juta sperma. Oleh itu, tambahkan adegan foreplay yang berkesan sebagai cara tepat agar wanita anda lebih mudah hamil.
Tip: Amalkan memakan saderi untuk meningkatkan keinginan seks.

Memulihkan Tenaga Batin Lelaki

  1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
  3. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
  4. Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  5. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  6. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  7. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
  8. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
  9. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  10. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  11. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  12. Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
  13. Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  14. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
  15. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  16. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
  17. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  18. Jangan jimak di dalam air.
  19. Jangan terus minum air selepas jimak, rehat dahulu 15 minit.
  20. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  21. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  22. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit
  23. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga.


Create your own banner at mybannermaker.com!
















thanks for visit my blog's