Jom Cantik!


Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar

Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil
Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…

Hilangkan Jerawat Halus

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Tip Bentuk Badan Menawan

Menjelang hari perkahwinan, pasti semua bakal pengantin ingin memiliki bentuk badan ideal. Oleh itu, diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.



1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.
3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.
4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.
5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.
6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.
7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.
8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.
9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.
10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.

 Petua Diet Sihat

  1. Potong buah-buahan yang anda gemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
  2. Sekiranya anda pengemar roti, pilihlah roti jenis “wholegrain”.
  3. Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca dahulu pada label makanan mengenai kandungannya.
  4. Pilihlah mentega yang kurang lemak.
  5. Catat semua makanan yang anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!!
  6. Cari rakan untuk sama-sama berdiet. Secara tidak langsung ia akan memotivasikan antara satu sama lain.
  7. Cara baru untuk membantu anda berdiet, gunakan penyepit ketika makan.  Tentu ia melambatkan anda makan.
  8. Utamakan kualiti berbanding kuantiti.
  9. Tambahkan sedikit rasa pedas atas rempah ratus dalam makanan bagi meningkatkan metabolisma tubuh anda.
  10. Soya alternatif terbaik untuk susu rendah lemak.

Merawat Keputihan

Jika anda mengalami penyakit ini, anda akan merasa gatal pada kemaluan dan baunya kurang menyenangkan. Untuk itu, cuba ambil 10 hingga 15 helai daun sireh dan ramas bersama segayung air. Tapis dan ambil airnya. Cucilah kemaluan anda dengan air sireh itu sekerap yang mungkin. InsyaAllah selain dari dapat menghilangkan gatal dan bau, ia merapatkan kembali bahagian sulit wanita. Khasnya selepas bersalin.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Petua Hilangkan Parut Jerawat

1. Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
2. Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
3. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
4. Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
5. Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
6. Rajin membasuh muka dengan air suam. Beberapa kali dalam sehari.
7. Perah buah Lemon, dan amik jus nya sahaja. Lumurkan jus lemon ke muka 2 kali sehari dan minum jusnya 1 kali dalam sehari.
8. Cuba jangan stress. Ini kerana Stress seringkali menyebabkan jerawat.
9.  Menggunakan daun Lidah Buaya. Ambil jel nya saja dan lumurkan ke bahagian parut sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Boleh juga jel nya dibuat jus dan diminum sekali sehari.
10. Air panas mati, Air suam. Banyakkan meminum air masak. Kerana air adalah penawar untuk segala jenis penyakit.
Insya-Allah.

Menghilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Hilangkan Jerawat

Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

Petua Menghilangkan Bintik Hitam

1. Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
4.  Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.


Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

Petua Melicinkan Kulit Lagi

Ramai yang inginkan kulit kelihatan licin, nampak cantik dan menarik pada pandangan orang sekeliling. Namun, ramai juga yang inginkan kulit cantik dan licin tanpa menbelanjakan kos yang mahal.
Petua melicinkan kulit terutamanya muka ini, umumnya diketahui ramai terutama di kalangan orang-orang tua dahulu. Mereka lebih rajin menggunakan petua nenek moyang dahulu yang mana tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Petuanya adalah dengan menggunakan buah TOMATO. Selain ia selamat dan asli, ia juga mudah didapati. Cara-cara menggunakannya adalah
  1. Gunakan sebiji tomato yang telah masak.
  2. Cuci buah tersebut sebersihnya.
  3. Kemudian, potong kepada dua bahagian.
  4. Gunakan satu bahagian sahaja, lenyek atau sapukan ke seluruh bahagian muka.
  5. Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
  6. Bilaskan muka dengan air bersih atau seeloknya dengan air suam.
  7. Akhir sekali, keringkan muka dengan tuala muka yang bersih.
  8. Satu bahagian yang lebih tadi, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus minuman.
  9. Amalkan petua ini selalu, sehari sekali sehingga menampakkan hasil.
Insyaallah, kulit anda akan terasa licin, berseri dan lembap. :)


Atasi Kulit Berkedut

Ketuaan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan tidak berseri. Bagi melambatkannya, mungkin petua ini boleh digunakan. Mula-mula ambil lobak merah bersih dan diparut. Campurkan sebiji kuning telur bersama satu sdudu tepung jagung. Kacau bahan-bahan ini sehingga sebati dan lumurkan ke muka. Lakukan sekali sehari pada waktu petang dan bilaskan dengan air suam ketika hendak masuk tidur. Teruskan mengamalkannya sehingga anda mendapat hasilnya.

Melangsingkan Badan Dengan Delima

Delima ialah sejenis buah. Kulitnya berwarna kuning, dan isi didalamnya berwarna merah. Rasanya manis dan sedap dimakan. Selain di makan untuk langsing, ianya juga sesuai dimakan sesudah masak oleh ibu mengandung. Ini supaya anak di dalam kandungan tersebut menjadi pandai. Insyaallah.
Untuk melangsingkan badan;
  • Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat.
  • Campurkan bahan itu dengan air sulam dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas.
  • Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi.
  • Lakukan setiap pagi sehingga seminggu.
Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing.
  • Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.

Atasi Sakit Tumit Kaki

Sediakan kira-kira 1 kg garam kasar dan goreng tanpa minyak didalam kuali menggunakan api yang sederhana. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, insyaAllah sakit tumit itu akan sembuh sepenuhnya.

Masalah Tumit Pecah

Masukkan air ke dalam bakas yang dalam dan besar yang cukup merendamkan tapak kaki. Ramaskan asam jawa dan biarkan sebentar. Kemudian rendamkan kaki anda untuk beberapa minit dan lakukanlah 3 kali seminggu. InsyaAllah kaki anda akan beransur pulih


Petua Hilangkan Kelemumur

 
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Malah ia juga memberi masalah kepada keguguran rambut. Lama-kelamaan rambut menjadi sedikit dan botak.
Untuk itu terdapat beberapa cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potongan limau nipis yang diramas terlebih dahulu. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Ambil semangkuk hampas kelapa yang sudah diperah santannya, ramas dan lumurkan ke seluruh rambut dan biarkan sehingga 15 minit. Bilas rambut dengan air bersih.
  3. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis sehingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  4. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Masalah Rambut Gugur

Ambil daun rambutan/bunga raya/lidah buaya dan ramaskan di dalam mangkuk sehingga keluar lendirnya. Sapukan di kepala dan biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bersihkan rambut seperti biasa. InsyaAllah masalah rambut gugur akan hilang.

Menyerikan Wajah

Ambil embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah

Kulit Sentiasa Tegang

Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

Beras Pulut Cerahkan Kulit

Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. Keyakinan kita terbantut. untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.
Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air/mandi.  Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Petua Memutihkan Gigi

Pelbagai petua untuk memutihkan gigi antaranya:
  1. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
  2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
  3. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
  4. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  5. Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
  6. Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.
  7. Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.
  8. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.
Selamat mencuba… :)

Kebaikan Bedak Sejuk

Petua Nenek Moyang kita dulu, cantik dengan Bedak Sejuk;



1. Melicinkan kulit muka
2. Memberi kesegaran pada kulit
3. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. Menanggalkan sel kulit mati
5. Ia membantu sejukkan kulit
6. Membersih dan menegangkan wajah

 

Petua Hidup Sihat Tanpa Ubat


Petua hidup sihat tanpa ubat adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6.5 jam sehari. Mengikut sunnah nabi, elok bagi kita tidur menghadap ke kanan. Selain itu,bersenam sebanyak 3 kali seminggu. Setiap senaman perlu dilakukan antara 20 hingga 40 minit. Menghirup udara segar pada waktu pagi dapat memperbaiki sistem pernafasan kita. Tekanan pula dapat dikawal dengan berserah kepada Allah.

Petua Awet Muda

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

Atasi Masalah Senggugut Ketika Haid

Masalah senggugut kerap dialami oleh kaum wanita ketika datang bulan atau Period. Ada yang teruk dan ada yang tidak. Senggugut juga secara tidak langsung mengganggu emosi wanita setiap kali datang bulan. Malah ada yang sentiasa mengambil pil tahan sakit setiapkali period. Jika anda mengalami masalah senggugut ini, apakata anda cuba petua ini.
Campurkan serbuk lada hitam dan halia yang telah ditumbuk. Pastikan kuntiti kandungan kedua-duanya adalah sama. Bagi memudahkan cara, letakkan ramuan itu tadi di dalam kapsul kosong agar mudah di makan. Untuk lebih berkesan, ambil dua biji kapsul setiap kali makan, sehari dua kapsul. :)

Petua Cepat Dapat Jodoh

Amalkan membaca zikir ‘Ya Rahman, Ya Rahim’ setiap selepas solat subuh sebanyak 100 kali selama 44 hari atau setiap kali selepas menunaikan solat. InsyaAllah muka akan nampak berseri dan awet muda. Tapi semua ini adalah dengan izin Allah S.W.T

kaki berbau + stokin berbau

keringkan kaki sebelum pakai stokin.sapukan bedak disemua permukaan kaki + dicelah2 jari.lihatlah perbezaannya.

Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.


Create your own banner at mybannermaker.com!

Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka

Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Atasi Wajah Berkedut

Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian.  Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. 

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..


Banyak kan memakan Ulam-ulaman dan selalu amalkan solat malam seperti Tahjud dsb…InsyaAllah wajah berseri dan nampak muda.
Tapi solat tu kenalah ikhlas…

Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya. 

Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.

Memerahkan Bibir

Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Melembapkan Muka

Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Serikan Kulit Wajah

Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.



Payu dara mengambarkan perangai wanita?

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.
Anda yang boleh menentukan samada artikel ini betul ke tidak… anda cubalah sendiri tapi berhati-hati yer.:D



Payu Dara Panjangkan Usia Lelaki

Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara 5 hingga 6 tahun. Bukan jenaka tetapi itulah hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas 5 tahun menjalankan kajian ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh penyelidik wanita iaitu Dr Karen Weatherby di dalam New England Journal Of Medicine menyatakan bahawa renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.

Membesarkan Alat sulit Lelaki

Caranya, Setiap pagi rendam alat sulit anda di dalam bekas air suam….