Saturday, January 8, 2011

Tips Rahsia Langsing Semulajadi


Create your own banner at mybannermaker.com!



Antara keistimewaan kunyit terutamanya kunyit hidup. Jika diamalkan selalu ia akan membantu menurunkan kadar kolestrol serta lemak berlebihan yg terdapat dalam badan. Seterusnya dapat mengekalkan berat badan yang ideal. Timbuhan herba ini sangat popular dikalangan wanita indonesia yg menjadikan kunyit sebahagian daripada bahan didalam jamu untuk menjaga kecantikan dan kesihatan yg mereka miliki. maka tak heranlah wanita indonesia dapat mengekalkan bentuk badan yg lansing dan ramping serta kulit yg cantik walaupun usia telah meningkat!..

Selain dari itu kunyit juga membantu memulihkan kecederaan dan keningkatkan daya tahanan badan. Tahukah anda bahawa kunyit juga mampu mengurangkan bahan pengalak darah (carcinogen) yg terdapat dalam air kencing bagi seorang perokok. Disamping itu kunyit juga bersifat antioksidan yg kuat dan boleh melambatkan penyakit seperti barah dan darah tinggi. Kunyit juga mengandungi bahan dikenali sebagai "ergo genics" yang membantu meningkatkan prestasi dan ketahana dibahagian hati manusia.....dan banyak lagi khasiat kunyit.. tunggu sambungan akan datang......sila2kan bersama adee on9shoppe!

Create your own banner at mybannermaker.com!



Create your own banner at mybannermaker.com!

Kunyit boleh bantu kurangkan masalah kegemukan

Satu kajian saintis mendapati perisa kunyit yang terdapat di dalam kebanyakan masakan India mampu menurunkan berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kunyit yang menjadi bahan perisa di dalam kebanyakan makanan mempunyai sejenis ramuan aktif, curcumin yang boleh membantu melawan masalah kegemukan.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Tufts Boston mendapati, bahan kimia curcumin di dalam kunyit mudah diserap oleh tubuh.
Penemuan itu dilaporkan dalam Journal of Nutrition yang mendapati bahan kimia tersebut mampu menyekat pertumbuhan tisu-tisu lemak daripada membesar di dalam tikus dan sel pembiakan manusia.
Kajian yang dilakukan itu membuktikan curcumin mampu menghalang pembentukan lemak baru di dalam saluran darah sekali gus membantu mencairkan tisu lemak yang menyebabkan kegemukan.
Penyelidik kanan Mohsen Meydani berkata, kenaikan berat badan akibat pembesaran dan pertumbuhan tisu lemak tidak akan berlaku jika saluran darah baru terbentuk. Proses ini dikenali sebagai angiogenesis.
“Daripada data yang diperolehi curcumin didapati mampu menyekat aktiviti itu di dalam tisu lemak tikus yang diberi makan diet lemak,” ujarnya. ~~AL ~~


Bunga Kunyit

Ini Adalah Bunga kunyit...petikan dari rakan2 blog....Beliau yang juga seorang Peminat Kayu-kayu yang berkhasiat dan sentiasa mencari jenis-jenis Kayu yang pelik dan lain dari yang lain..Pernah terjadi kepada beliau dimana ketika membawa pulang sejenis kayu yang diminati...siap ada spesis serangga yang mengikutnya sampai kerumah..cuma beliau terkejut sedikit kerana tak pernah ada serangga yang pelik mengikuti beliau sebelum ini...nasib baik beliau tak bertukar menjadi Ultraman untuk berlawan dengan Serangga tersebut akibat terkejut...hehehe

Khasiat yang terdapat pada Bunga ini, mengikut pendapat beberapa guru, ianya dijadikan bahan sebagai Pelaris dan juga Ibu Duit..tah la..saya hanya menyimpannya Sebagai Koleksi..maklumlah amat jarang Pokok Kunyit yang berbunga..





No comments:

Post a Comment