Thursday, January 6, 2011

Kanser Payudara dan Pemakanan



Pendahuluan

Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan. 

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Didapati bahawa apabila makanan seperti daging, keju, susu dan telur lebih dimakan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan. 
Mulakan hari anda dengan memandang makanan sabagai sumber rawatan dan pencegahan kanser. Pilihlah makanan mengikuti piramid makanan. Dengan penglibatan mental dan rohani yang aktif, kanser payudara boleh diatasi. 

Lemak makanan

Kanser yang terjadi pada wanita disebabkan oleh pengaruh hormon oestrogen didapati ada kaitan dengan jumlah lemak tepu dalam pemakanannya . Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak. Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%.  Lima peratus lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain. Sepuluh peratus lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain. Pengambilan lemak kurang daripada 15%  adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.

Serabut makanan

Serabut makanan atau bahan kasap berfungsi memelihara kesihatan usus besar, melarutkan bahan karsinogen dan menolong membantu dalam pengaliran hormon steroid termasuk oestrogen. Kajian telah menunjukkan kekurangan sebanyak 57% kadar kanser payudara pada wanita sebelum putus haid yang  mengamalkan makan sayur-sayuran secara teratur. Kita saharusnya memakan sebanyak 25-35 gram serabut makanan sehari daripada 3-5 hidangan sayur-sayuran  dan buah-buahan. Satu hidangan merupakan ½ cawan sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran mentah, sehiris betik, nenas, tembikai, sebiji epal, sebiji limau dan lain-lain. Bijiran, cereal, roti `whole meal’, pastry, kekacang dan bijiran merupakan sumber serabut yang baik.

Rajah pyramid pemakanan



Phytonutrient, probiotik dan makanan diperam

Pemakanan daripada sumber tumbuhan mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient. Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient. Telah lama diketahui bahawa kanser payudara dipengaruhi oleh jumlah pendedahan hormon estradiol dalam jangka masa hidup seseorang. Phytonutrient memberi perlindungan kepada sel-sel payudara yang sensitive terhadap oestrogen pertamanya dengan menyekat reseptor disel-sel payudara dengan oestrogen tumbuhan seperti genistein dan diadzein, keduanya  melalui tindakbalas `Bowman Birk Inhibitor’  atau `protease inhibitor’yang mengatur akitiviti sel untuk melindungi daripada kanser. `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. 
`Probiotics” dan makanan yang diperam menghasilkan pertumbuhan bakteria yang tidak merbahaya yang akan memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin. Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.

No comments:

Post a Comment